Tuesday, April 1, 2014

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan


Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah anjuran jawatankuasa 3K dan Panitia Sivik berlangsung dengan jayanya di perhimpunan rasmi bertempat di dataran sekolah pada 31.3.2014 pukul 7.30 pagi. Anugerah dan hadiah-hadiah untuk kelas-kelas yang memenangi pertandingan ini disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Dr. Arunasala Pandy A/L Karuppusamy.
 Pertandingan ini bertujuan untuk membina dan meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran, di samping menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan persekitaran setiap hari .

1. Anugerah Gemilang dirangkul oleh kelas 3S1, guru tingkatan:Pn. Aishah Bt Kadam.
2. Anugerah Impian dimenangi oleh kelas-kelas 4A, 4S1, 5G2, 5S1 dan 2S2.

Laporan disediakan oleh: Guru Penyelaras 3K- Pn. Faseeha binti Shaik Ibrahim.