Tuesday, July 1, 2014

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014








Tarikh : 27/6/2014
Masa  : 2.30ptg – 3.30ptg
Tempat : dewan sekolah 
Aktiviti : sambutan hari koperasi sekolah 2014

Bertemakan “KOPERASI PENYUMBANG BERKESAN
 KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA” sambutan  Hari 
Koperasi Sekolah SMK Air Itam telah diadakan dengan
 jayanya pada 27 Jun (hari Jumaat). 

Dengan perancangan yang telah diatur sambutan Hari 
Koperasi Sekolah SMKAI telah dimulakan pada jam 
2.30 petang bertempat di Dewan SMKAI. Pada tahun ini
 pihak ANGKASA tidak menghantar wakilnya untuk
 memantau sambutan Hari Koperasi Sekolah. Majlis ini
 dimulakan dengan Penolong Kanan Petang Sekolah, 
Cik Khaw Juat Woon bagi memperkenalkan kepada
 semua pelajar apa itu Hari Koperasi Sekolah dan 
kepentingan koperasi sekolah. Seterusnya PK Petang 
telah merasmikan sambutan HKS 2014