Wednesday, July 8, 2015

Taklimat Haiqingban




Persatuan Siswazah-Siswazah Taiwan Pulau Pinang 
mengadakan Taklimat Haiqingban untuk murid-murid
Cina SMK Air Itam pada 06.07.2015 dari pukul 
10:05-11:05 pagi di Dewan Sekolah.

En Teh Liew Lan menerangkan universiti-universiti yang
mengadakan kelas haiqingban dan tawaran kursus. Beliau juga 
menerangkan  penginapan dan peluang kerjaya. Haiqingban 
merupakan kelas yang mengadakan kursus kemahiran secara 
percuma kepada murid-murid. Murid-murid hanya bayar untuk 
bahan kemahiran yang diperlukan. Jika murid-murid mendapat 
keputusan yang cemerlang dalam haiqingban, mereka boleh
meneruskan pengajian mereka ke tahun 2 peringkat ijazah di 
universiti di Taiwan.