Saturday, August 22, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar /1

















Tarikh: 22 Ogos 2015
Masa: 8.30pagi
Tempat: Dewan SMK Air Itam


Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar diadakan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dari pelbagai aspek, sama ada dari segi kurikulum atau kokurikulum. Hari yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Air Itam, En. Amiruddin B Abdul Manaf dan diserikan lagi dengan kehadiran wakil dari Ketua Polis Balai Ayer Itam, Sarjan Zakaria B Mustafa, Pengerusi JKKK, En. Arriffin B Abidin, AJK PIBG, wakil-wakil Pengetua Kolej, wakil-wakil media, para guru dan ibu bapa. Terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang telah diberikan anugerah. Diharap dengan penganugerahan tersebut, ibu bapa pelajar dapat berasa bangga dengan pencapaian anak masing-masing dan pada masa yang sama menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar sendiri untuk meneruskan usaha tersebut supaya kecemerlangan akan sentiasa dikekalkan. Pelbagai pertunjukkan yang menarik juga telah diadakan bagi memeriahkan majlis ini.